Setiap pagi, Heboh tunjuk siapa kat Threads yang tengah cari barang korang.

Siap dengan draf balasan. Korang semak, tekan, post sendiri. Cuba 7 hari percuma, takde kad.

Takde bayaran untuk mula. Percubaan 7 hari bermula bila korang sambung Threads. Lepas tu RM 5 untuk 30 hari, bayar sekali.

Belum pasti? Tonton video 30 saat, macam mana Heboh cari pembeli tiap pagi.
Hari niIlustrasi

Ada yang bertanya · @pembeli.contoh

“Ada sesiapa recommend kek coklat sedap area Shah Alam? Nak order untuk hari jadi Sabtu ni”

Kenapa: Dia cari kek untuk Sabtu ni, kawasan korang hantar.

Draf: Hi! Kami buat kek coklat moist kat Shah Alam, boleh siap Sabtu 🎂 Nak saya DM menu?

Brief pagi

Apa yang sampai setiap pagi

Sampai 3 benda berbaloi dibuat kat Threads, hari bekerja, terus ke emel dan portal korang. Setiap satu ada draf balasan.

  • Ada yang bertanya

    Orang yang cari barang atau servis macam korang. Balas sebelum orang lain balas.

  • Sebut korang tanpa tag

    Post yang sebut nama kedai korang tapi tak tag. Ucap terima kasih, jawab soalan.

  • Reply belum dibalas

    Soalan bawah post korang sendiri yang belum berjawab.

Setiap draf disemak dulu, ikut maklumat kedai korang je. Ada pagi yang senyap: kalau 3 pagi takde yang berbaloi, kami emel apa yang kami dah cari.

Tengok macam mana ia jalan

30 saat: dari orang yang bertanya, ke balasan korang, ke order kat WhatsApp.

Suara AI. Kedai, akaun dan post dalam video ni rekaan.

Pembeli pertama paling susah nak dapat.

Bukan sebab produk korang tak sedap atau tak cantik. Selalunya macam ni:

  • “Dah post, tapi yang like kawan-kawan je.”

    Post korang belum sampai kepada orang yang memang cari barang macam korang.

  • “Orang tengok, tapi tak berani order.”

    Takde review, takde testimoni. Orang tunggu orang lain beli dulu.

  • “Semua buat sendiri, lepas habis kerja.”

    Masak, packing, balas WhatsApp, lepas tu kena fikir nak post apa pula.

Lepas 10 pembeli pertama, lain ceritanya: ada testimoni, ada orang share, ada orang tanya. Heboh tolong korang sampai ke situ, dengan dua cara:

01

Mula: brief pagi & analisis

Ada sekarang

Setiap pagi, siapa nak dibalas kat Threads. Setiap bulan, skor dan apa nak baiki.

RM 5 · 30 hari

Tengok laporan sebenar ↓
02

Kempen kreator tempatan

Buka bila cukup 20 kreator

Kreator Threads tempatan cerita pasal kedai korang kepada followers yang dah percaya diorang. Orang lebih berani order bila orang yang diorang ikut yang sebut.

Starter RM 50 · 50 kredit

Macam mana ia jalan ↓

Bahagian 1 · Analisis

Tahu kenapa Threads korang belum bawa pembeli.

Mula sini. RM 5 untuk 30 hari, bayar sekali.

  1. Tengok

    Heboh baca post, reply dan mention Threads korang, dan apa yang orang tengah sembang dalam niche korang.

    Gambaran jujur akaun korang, dari data korang sendiri.

  2. Faham

    Heboh bagi skor 4 bahagian, terangkan apa yang menjadi dan apa yang menghalang, dan banding korang dengan akaun serupa.

    Laporan dalam bahasa mudah. Nak pelan penuh, ada panduan strategi PDF (RM 19).

LampuKita

@lampukitaco · Audit Threads

14 Mei 2026 · Snapshot pertama

60/ 100 · Bagus
Kehadiran 11 / 25
Kehadiran & kekerapan post
Engagement 14 / 25
Interaksi dari followers
Konsistensi 22 / 25
Post dengan tetap & konsisten
Reputasi 13 / 25
Apa orang rasa bila sebut bisnes anda

Apa yang menjadi: Visual kemas + caption pendek capai 5.88% engagement.

Apa nak baiki: Hampir takde reply. Tanya soalan mudah yang orang boleh jawab.

Ni laporan sebenar pertama @lampukitaco, akaun kedai yang kami guna untuk uji Heboh. Skor 60 daripada 100, dengan apa yang menjadi dan apa nak baiki.

Bahagian 2 · Kempen kreator

Orang sini sebut kedai korang, guna ayat sendiri.

Bila korang sedia, Heboh padankan korang dengan kreator Threads tempatan. Followers diorang dah percaya diorang, bukan iklan.

Sayap Kicau dan tapak Boolat berjabat tangan di kaunter, dengan telefon dan gelembung chat di antara mereka.
  1. Korang tulis brief

    Apa nak sebut, apa tak boleh sebut.

  2. Heboh padankan kreator

    Kreator Threads tempatan, ikut niche dan audience korang.

  3. Kreator post ayat sendiri

    Kat akaun diorang sendiri, ikut brief yang korang lulus.

  4. Post disemak, baru dibayar

    Setiap post mesti kekal 30 hari.

  5. Korang nampak hasilnya

    Views, likes, reply, dan klik ke WhatsApp atau kedai online korang.

Dari RM 4 satu post, guna kredit Starter. Kempen kreator dibuka bila rangkaian capai 20 kreator yang dah disemak. Sementara tu, mula dengan analisis.

Harga ↓

Untuk siapa

  • Bisnes dari rumah: kek, kuih, katering, kraf
  • Kedai kecil dan servis tempatan
  • Bisnes yang dah ada Threads tapi belum dapat pembeli dari situ

Bukan untuk

Syarikat besar yang cari selebriti atau ribuan post sebulan.

Harga

7 hari percuma untuk Mula. Lepas tu bayar sekali untuk 30 hari. Takde kontrak.

Mula

Untuk mula dapat pembeli dari Threads, setiap pagi.

RM 5untuk 30 hari

  • Brief pagi: sampai 3 benda nak buat kat Threads, hari bekerja, dengan draf balasan
  • Siapa sebut kedai korang, walaupun tak tag
  • Reply bawah post korang yang belum dibalas
  • Skor Threads 4 bahagian, banding dengan akaun serupa
  • Kajian pasaran sekali dalam 30 hari
  • Link dijejak untuk post korang

Starter

Heboh penuh

Mula, campur kreator tempatan yang post pasal kedai korang.

RM 50untuk 30 hari

  • Semua dalam Mula
  • Brief pagi sampai 5 sehari, setiap hari
  • 50 kredit untuk post kreator, dari RM 4 satu post
  • Kreator dipadankan ikut niche dan audience
  • Laporan untuk setiap post kreator

Buka bila rangkaian capai 20 kreator

Panduan strategi PDF penuh: tambahan RM 19. Kredit top-up takkan luput.

Soalan biasa

Heboh jamin 10 pembeli?

Tak. Takde siapa boleh jamin jualan dengan jujur. 10 tu sasaran pertama yang masuk akal untuk kedai baru. Heboh tolong dengan dua benda: tunjuk apa nak post supaya orang yang betul jumpa korang, dan bila kempen kreator buka, kreator tempatan sebut kedai korang. Klik ke WhatsApp atau kedai online korang dijejak, jadi korang nampak apa yang betul-betul bawa pembeli.

Kenapa 10, bukan 1,000?

Sebab bisnes rumah ada had. 10 pembeli yang puas hati dan datang balik lebih berguna dari 1,000 order yang korang tak sempat siapkan.

Perlu ada ramai followers?

Tak. Akaun kecil pun boleh. Kalau data terhad, laporan akan beritahu apa yang kurang, bukan teka.

Heboh post bagi pihak saya?

Tak. Heboh baca je. Korang post sendiri, dan kreator post kat akaun diorang sendiri.

Heboh reply bagi pihak saya?

Tak. Heboh siapkan draf; korang tekan "Balas di Threads", semak, dan post sendiri.

Berapa banyak cadangan sehari?

Pelan Mula: sampai 3, hari bekerja. Starter: sampai 5, setiap hari. Ada hari yang kurang, sebab kami cuma hantar yang berbaloi.

Macam mana Heboh tahu orang tanya pasal barang saya?

Setiap pagi Heboh cari post awam kat Threads guna kata kunci kedai korang (boleh ubah kat Profil), dan pilih yang memang sesuai.

Kenapa mula dengan analisis, bukan terus kreator?

Kempen kreator buka bila cukup 20 kreator yang dah disemak. Sementara tu, analisis tunjuk kedudukan Threads kedai korang, jadi bila kempen buka, korang dah tahu nak mula dari mana.

Bayar guna apa?

Percubaan 7 hari tak perlu kad atau bayaran. Lepas tu DuitNow QR atau FPX, bayar sekali untuk 30 hari.

Apa jadi lepas 7 hari?

Brief pagi berhenti, melainkan korang teruskan dengan RM 5 untuk 30 hari. Laporan pertama korang tetap ada. Satu percubaan untuk satu akaun Threads.

Kreator ni buzzer ke?

Bukan. Kreator Threads sebenar kat Malaysia, setiap akaun disemak dulu, dan setiap post disemak sebelum kreator dibayar.

Mula cari 10 pembeli pertama korang.

7 hari percuma, lepas tu RM 5 untuk 30 hari: brief pagi dan analisis Threads korang. Naik ke kempen kreator bila dah sedia.

Cuba percuma